YOU CAN GET ALL

Friday 21 January 2011

FACEBOOK bisa dibuat Jualan

untaianberita

Assalamualaikum W.B.T dan Salam sejahtera..

Alhamdulillah, sekali lagi Saya telah mendapat ilham dari Allah, supaya mencuba sesuatu, bereksperimentasi dengan satu aplikasi terbaru yang akan menjadi satu fenomena pada masa akan datang. Teknik niaga di facebook lengkap dengan shopping cart & checkout ini yang akan diajarkan di dalam kedai facebook adalah sesuatu yang sangat baru, dan saya juga merupakan antara orang pertama di dunia yang menggunakan aplikasi ini. Ianya tidak syak lagi telah mula mengganas di facebook!

Aplikasi ini dengan mudah boleh dipelajari dan diketahui oleh semua orang. Buat masa ini terdapat 8 jenis aplikasi shopping cart di facebook. Ianya bukanlah sesuatu yang menjadi rahsia besar. Persoalannya sekarang, bagaimana menggunakannya dan mendapatkan keuntungan? Oleh kerana itu saya telah melangkah setapak lebih jauh dengan memperkenalkan beberapa teknik niaga setelah mengenalpasti masalah-masalah yang akan timbul semasa menggunakan aplikasi ini. Saya juga telah sertakan juga pengalaman saya sebagai seorang usahawan eBay dengan menerapkan teknik-teknik istimewa peniaga eBay untuk perniagaan anda di kedai facebook.

Baiklah, mari kita mulakan sekarang!

Kita refresh dulu minda dengan fakta-fakta dibawah;


Apa itu F-COMMERCE?

1) Dengan jumlah pengguna facebook kini mencecah 600 juta orang (596,372,920 orang), facebook kini merupakan laman sosial paling besar dan paling berpengaruh pada masa ini. Sebanyak 927,469 website di-'link'-kan dengan facebook, dan sebanyak 40% (lebih 200 juta) pengguna facebook aktif setiap hari, berkomunikasi di laman sosial ini.

2) Menariknya, mengikut statistik traffik facebook, 5 negara paling aktif di facebook adalah Indonesia, Turkey, Malaysia, Philippines dan Venezuela.

3) Jumlah pengguna facebook di Malaysia kini mencecah 9,874,860 orang. Bermakna dari setiap 3 orang di Malaysia, seorang dari mereka memiliki akaun di facebook.

4) facebook, walaupun lebih dikenali sebagai laman sosial (social network), kini telah mula mengorak selangkah lebih maju dengan membuat beberapa perjanjian bijak antaranya seperti perjanjian dengan PayPal, iaitu 'agen bank' paling besar di internet yang dimiliki oleh eBay.

5) Walaupun pada asalnya, perjanjian dengan PayPal dikatakan untuk jual beli aplikasi permainan yang banyak terdapat di facebook, seperti Farmville dan sebagainya, namun, ianya lebih dari itu.

6) facebook sekarang menuju kearah perniagaan global di dalam facebook sendiri (sosial commerce)! dengan adanya PayPal sebagai medium transaksi untuk perniagaan global.

7) Sejak bulan Julai tahun lepas, banyak pembangun sistem (developer) telah cuba membangunkan beberapa aplikasi untuk membolehkan pengguna berniaga di facebook secara global. Antara yang paling awal membangunkan aplikasi niaga adalah Vendio. Namun banyak kelemahan ketara pada aplikasi tersebut.

8) Terdapat 2 jenis aplikasi niaga di facebook, iaitu Internal (100% aplikasi beroperasi dari dalam facebook) seperti aplikasi Payvment & Vendorshop dan External (aplikasi niaga yang diintegrasikan ke dalam facebook) seperti aplikasi Vendio.

9) Kini, dilaporkan sebanyak lebih 30,000 perniagaan telah mula menggunakan peluang keemasan ini! dan jumlah ini meningkat dengan setiap hari, lebih 3000 perniagaan mula menggunakan aplikasi niaga ini.

10) Fenomena social commerce inilah yang dinamakan sebagai f-commerce (facebook commerce)!

11) Persoalannya, adakah ANDA yang aktif di facebook seperti akan juga memanfaatkan f-commerce ini ataupun cuma mahu berkomunikasi dan berkenalan sahaja?


No comments:

Post a Comment